Garcia
Garcia antara tiga aktres filem Innocence of Muslims yang berani tampil membela diri mereka.
LOS ANGELES - Hakim di Mahkamah Persekutuan Amerika Syarikat, kelmarin, menolak tuntutan baru bertujuan menggesa laman YouTube mengeluarkan treler filem anti-Islam, Innocence of Muslims.
Difahamkan, tuntutan dikemukakan aktres Cindy Lee Garcia itu, sekali lagi ditolak  mahkamah.

Sebelum ini, Garcia memohon perintah larangan dikenakan ke atas laman perkongsian video itu selepas mendakwa dia ditipu produksi filem tersebut.
Bagaimanapun, Hakim Michael W Fitzgerald menolak permohonan itu dan memaklumkan kes tersebut akan disebut semula 19 November depan.

Bulan lalu, treler filem berdurasi 14 minit itu, mencetuskan protes di seluruh dunia, selepas ia didakwa sengaja mempersendakan Nabi Muhammad SAW. - AFP