20 Oktober 2012
STONE TOWN/DAR ES SALAAM – Ketegangan agama semakin memuncak di Tanzania sehingga menyebabkan penunjuk perasaan beragama Islam melakukan protes serentak di dua bandar negara itu, semalam.
Keganasan yang memuncak telah menimbulkan kebimbangan beberapa pihak terutamanya berlaku peningkatan dalam ketegangan agama di kawasan stabil dan sekular Tanzania iaitu pusat ekonomi kedua terbesar negara itu.
Di Dar es Salaam, bantahan terhadap penangkapan seorang ulama itu protes akhirnya bertukar menjadi gana, kata laporan Reuters
Dalam pada itu, di pulau semi autonomi, Zanzibar, bantahan kumpulan pemisah Islam terus berlanjutan.
Kumpulan berkenaan menuduh pihak polis bertanggungjawab di atas ‘kehilangan’ pemimpin mereka, yang kemudiannya dibebaskan selepas hampir empat hari ditahan.

Pengikut Uamsho yang kebanyakannya belia dan penduduk miskin, menganjurkan bantahan masuk hari ketiga bagi membantah penangkapan seorang ulama.
Penunjuk perasaan bertempur dengan polis selepas solat Jumaat dengan melemparkan batu ke arah pihak polis.
Polis kemudiannya membalas serangan dengan gas pemedih dan mengetatkan kawalan di sekitar kawasan bersejarah di Stone Town.
Polis kemudiannya membalas serangan dengan gas pemedih dan mengetatkan kawalan di sekitar kawasan bersejarah di Stone Town.
No comments:
Post a Comment