Saturday, October 20, 2012

200 aktivis tuntut hubungan Jordan-Israel diputuskan



AMMAN 20 Okt. - Kira-kira 200 aktivis Jordan mengadakan demonstrasi di pejabat kedutaan Israel di sini, semalam, menuntut kerajaan memutuskan hubungan diplomatik dengan Israel.
Aktivis-aktivis sayap kiri dan kemerdekaan menggesa Amman menamatkan “dasar-dasar pemulihan" dengan Israel yang mereka dakwa telah “memusnahkan perjuangan rakyat Palestin" pada satu tunjuk perasaan sempena 18 tahun perjanjian damai di tandatangani antara kedua-dua negara, yang di sering dirujuk sebagai Perjanjian Wadi Araba.
Peserta demontrasi bertindak membakar bendera Amerika Syarikat (AS) dan Israel sambil melaungkan ke arah pejabat kedutaan "Tidak seorang Zionis di tanah Jordan" . - DPA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20121020/lu_12/200-aktivis-tuntut-hubungan-Jordan-Israel-diputuskan#ixzz29uJW3gIz
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment