Saturday, October 20, 2012

Tentera AS kena perintah berkurung




         
TOKYO: Komander Tentera Amerika Syarikat (AS) di Jepun menguatkuasakan perintah berkurung terhadap anggota pasukan itu semalam, selepas dua tentera negara itu ditahan kerana disyaki merogol wanita tempatan di Okinawa.

Penahanan itu dibuat ketika orang awam di wilayah itu membantah keputusan Tokyo membenarkan kemasukan pesawat hibrid Osprey ke situ atas faktor keselamatan. Ketegangan hubungan penduduk setempat dengan AS berlaku selepas seorang budak sekolah dirogol tiga tentera AS pada 1995. Leftenan Jeneral Salvatore Angelella berkata, dia meminta maaf dan kesal mencetuskan kemarahan penduduk Okinawa. “Saya mengeluarkan perintah berkurung kepada semua tentera AS di Jepun dari jam 11 malam hingga 5 pagi,” katanya.


Bagaimanapun, tiada maklumat diperoleh mengenai berapa lama perintah itu berkuat kuasa. - Reuters

No comments:

Post a Comment