Friday, October 5, 2012

Bantah akta siber di Filipina

Wartawan dan pegawai kanan media Filipina menunjukkan petisyen membantah Akta Halang Jenayah Siber yang dikemukakan di Mahkamah Agung di Manila, semalam. - Foto AP
Wartawan dan pegawai kanan media Filipina menunjukkan petisyen membantah Akta Halang Jenayah Siber yang dikemukakan di Mahkamah Agung di Manila, semalam. - Foto AP
Ramai kritik undang-undang izin laman web ditutup tanpa waran

Manila: Kerajaan Filipina berhadapan dengan bantahan besar-besaran di internet semalam berikutan satu undang-undang jenayah siber berkuatkuasa yang sabit kesalahannya boleh membawa hukuman penjara panjang atas kesalahan memberi komen berunsur fitnah online.
Banyak agensi berita, penulis blog, aktivis hak asasi manusia dan pengkritik lain mewarnakan halaman profil media sosial mereka kepada hitam sebagai tanda bantahan terhadap undang-undang baru berkenaan yang turut membenarkan pihak berkuasa untuk menutup halaman web tanpa sebarang waran.

Undang-undang itu akan membawa warga kita kembali semula kepada 'Era Gelap' ketika kebebasan bersuara dan bercakap tidak diiktiraf” - Teofisto Guingona, Ahli Parlimen
Suara kemarahan di Twitter

Beribu-ribu kiriman di Twitter menyuarakan kemarahan terhadap undang-undang dengan menggunakan petikan #notocybercrimelaw hingga menjadi reaksi tertinggi di halaman mikroblog di Filipina semalam.

“Mereka tandatangani dan melaksanakan undang-undang ini kerana pegawai kerajaan tidak dapat menerima kritikan,” kata satu daripada tweet daripada seseorang yang menggunakan nama @PmlFlrs.

Senator Teofisto Guingona, seorang daripada beberapa ahli Parlimen menentang rang undang-undang yang ditandatangani Presiden Benigno Aquino bulan lalu turut meningkatkan kempen beliau supaya ia dibatalkan.
Kembali ke ‘Era Gelap’

“Pelaksanaan undang-undang itu akan membawa warga kita kembali semula kepada ‘Era Gelap’ ketika kebebasan bersuara dan bercakap tidak diiktiraf,” katanya dalam satu kenyataan.

Kebanyakan peruntukan dalam undang-undang jenayah siber terbabit bertujuan untuk menentang siri jenayah di talian bukan menangani kontroversi seperti penipuan, mencuri identiti, spam dan pornografi kanak-kanak. - AFP

No comments:

Post a Comment