Friday, October 5, 2012

The Thieves jadi filem paling laris dalam sejarah Korea Selatan

SEOUL: Sebuah filem rompakan kasino yang banyak meniru jalan cerita siri Ocean arahan Steven Soderbergh mencatat rekod kutipan tiket tertinggi dalam sejarah Korea Selatan.

Sehingga semalam, filem yang menjalani penggambaran di Macau itu memperoleh kutipan kasar AS$84 juta (RM256 juta) selepas ditonton lebih 13 juta orang.


Filem The Thieves membariskan sejumlah bintang besar dalam industri perfileman Korea Selatan.

Ia berkisar mengenai cerita sekumpulan pencuri Korea dan China merancang mencuri kalung berlian bernilai AS$20 juta (RM61 juta) dari peti besi sebuah kasino di Macau. Kejayaan The Thieves itu memadamkan rekod sebelum ini yang dipegang filem seram terbitan 2006, The Host. - AFP

No comments:

Post a Comment