KOTA BHARU- Seorang suri rumah mencari ibu kandung kepada anak angkatnya untuk bagi membantu menyelesaikan proses hak penjagaan dan persekolahan kanak- kanak tersebut.
Mazlin Edrin Mohd Zaki, 33, berkata, anak angkatnya, Amalin Aishah Abdullah, 4, yang diambil dari ibu kandungnya sebaik dilahirkan itu akan didaftar ke tadika awal tahun depan.
“Bagaimanapun usaha itu mungkin tidak berhasil disebabkan Amalin hanya anak angkat kami tanpa ada dokumen yang mengesahkan perkara itu,” katanya ketika mengunjungi pejabat Sinar Harian di sini, kelmarin.
Mazlin Edrin berkata, dia pernah merujuk perkara itu kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat, namun pihak jabatan memintanya mencari ibu kandung kanak-kanak itu terlebih dahulu bagi membantu menyelesaikan masalah itu.
Menurutnya, dia tidak begitu mengenali ibu kandung Amalin Aishah sebaliknya hanya suami, Mohd Aznizam Mohd Zaki@Ali, 36, pernah dua kali bertemu wanita itu termasuk pada hari kanak-kanak itu diserahkan kepada mereka.
“Kali pertama suami berjumpanya di sebuah kedai makan di Kota Bharu, ketika itu dia sedang mengandung, mereka bertukar nombor telefon, dan kali kedua mereka bertemu ketika dia ingin melahirkan Amalin Aishah yang kemudian diserahkan kepada kami,” katanya.
Dia berkata, terus berhubung untuk beberapa bulan sebelum terputus hubungan apabila wanita itu dikatakan tidak lagi menggunakan nombor telefon yang diberikan kepada suami sebelum ini.
Katanya, dia dan suami cuba menjejaki ibu kandung kepada anak angkatnya itu namun tidak ada petanda untuk mereka menemui wanita berusia lingkungan 20-an itu akibat kekurangan maklumat termasuk nama sebenar dan alamat tetap.
“Kepada yang mengenalinya, sekiranya terbaca berita ini sila hubungi kami di talian 019- 9680544, agar dapat membantu menyelesaikan beberapa perkara terutama melibatkan masa depan Amalin Aishah,” katanya.

No comments:
Post a Comment