Friday, October 5, 2012

Lebih banyak syarikat ambil pekerja bekas banduan

SINGAPURA: Semakin banyak syarikat Singapura mengambil bekas banduan sebagai pekerja bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh akibat sekatan mengambil pekerja asing, kata pegawai tinggi kerajaan semalam.

Menteri Dalam Negeri, Heng Chee How berkata, lebih daripada 3,100 syarikat kini bekerjasama dengan Perbadanan Perusahaan Pemulihan Singapura (Score) untuk mengambil bekas banduan.
Jumlah ini merupakan peningkatan ketara di mana 2,872 syarikat mendaftar dalam skim itu pada 2011.

Dianggarkan 10,000 banduan dibebaskan dari penjara Singapura setiap tahun dan Score melatih kira-kira 5,000 daripada mereka untuk mendapatkan skil pekerjaan baru, lapor akhbar tempatan, semalam.


Setakat ini, Score berjaya menempatkan kira-kira 2,000 bekas banduan dengan majikan baru. - Straits Times

No comments:

Post a Comment