Presidennya, Azwanddin Hamzah |
PETALING JAYA – Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa terdapat lebih 10 pegawai kerajaan terlibat dalam komplot menjadi tali barut Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk mendedahkan maklumat melibatkan keselamatan negara.
Presidennya, Azwanddin Hamzah mendakwa, pegawai kerajaan itu juga terlibat menutup maklumat Suaram menerima dana asing yang dikatakan bernilai kira-kira RM100 juta sejak 1998.
Azwanddin mendakwa pegawai kerajaan itu disogok Suaram melalui dua syarikat iaitu Suara Komunikasi Enterprise dan Suara Inisiatif Sdn Bhd.
“Saya dapat beberapa bukti dan ini merisaukan kerana bagaimana pegawai kerajaan ini berani menerima sogokan Suaram untuk dedah rahsia kerajaan.
“Ia melibatkan beberapa kepentingan dalam kementerian dan jabatan antaranya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Bank Negara,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, semalam.
No comments:
Post a Comment