Friday, October 5, 2012

Mahkamah arah tangkap Arroyo

Gloria Macapagal Arroyo
Gloria Macapagal Arroyo
MANILA - Mahkamah Antirasuah Filipina mengeluarkan perintah menahan bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo untuk kali ketiga membabitkan tuduhan penyelewengan dana loteri yang dikenakan terhadapnya ketika tahun terakhir pentadbirannya.
Peguam Bela Arroyo mempersoalkan tuduhan berkenaan kerana tidak jelas sama ada Arroyo akan ditahan serta-merta atau sebaliknya.
Arroyo yang kini menderita kerana penyakit di leher, dikenakan perintah tahanan lapan bulan di hospital dalam kes bersaingan iaitu tuduhan sabotaj dalam proses pilihan raya.
Namun , beliau dibenar ikat jamin kes itu pada Julai lalu.
Satu lagi kes yang turut memperoleh jaminan ialah tuduhan campur tangan dalam perjanjian dengan syarikat telekomunikasi China. - AP

No comments:

Post a Comment