Sam Lutfi |
Sam Lutfi yang menyaman Britney dan keluarganya mendakwa kelmarin, dalam usaha membantu penyanyi itu, dia membawa anjing pengesan dadah dan membuang satu beg berisi serbuk putih dalam tandas kediaman Britney.
Mahu buang ketagihan
“Dia mahu buang ketagihan itu tetapi menghadapi masalah untuk bersih daripada dadah.
“Saya beritahu dia perlu hentikan ketagihan kerana sudah ada dua anak lelaki. Saya beritahu dia bahawa masyarakat tidak akan simpati kepada ibu yang menjadi penagih dadah,” kata Lutfi kepada juri dalam perbicaraan sivil di sini.
Lutfi mendakwa, Britney melantiknya sebagai pengurus selama beberapa bulan pada 2007 dan 2008 selepas penyanyi itu berselisih faham dengan keluarga dan kakitangan pengurusannya akibat masalah peribadi dan profesional.
Rakan tuntut RM2.45 juta
Dia menuntut 15 peratus daripada pendapatan Britney pada tempoh berkenaan dipercayai kira-kira AS$800,00 (RM2.45 juta) hingga AS$1 juta (RM3 juta) sebulan.
Peguam bela Britney pula berhujah bahawa Lutfi tidak pernah menjadi pengurus penyanyi itu.
Lutfi berkata, dia bertemu dengan Britney di sebuah kelab malam pada musim luruh 2007.
Ketika itu, katanya, Britney berhadapan kes hak jagaan anak dengan bekas suami Kevin Federline dan menghadapi masalah ketagihan dadah.
“Dia tidak bekerja dan memberitahu sudah pecat semua orang. Dia beritahu sudah pecat ejennya, pengurus, pengawal peribadi dan pegawai publisitinya,” kata Lutfi.
Britney memberitahunya, dia membotakkan kepala pada Februari 2007 kerana takut rambutnya dikenakan ujian dadahdalam kesnya dengan Federline, kata Lutfi lagi. - Reuters
No comments:
Post a Comment