Thursday, October 25, 2012

Suspek serang pejabat duta AS di Libya mati di Mesir

Perbuatan hina nabi biadabAhli PPPMM membakar bendera Amerika Syarikat dan Israel sebagai bantahan keras terhadap penerbitan fi lem Innocence of Muslims.
KAHERAH - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam serangan ke atas pejabat konsul Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya, di sebalik protes membantah filem yang menghina Nabi Muhammad SAW pertengahan bulan lalu, terbunuh dalam serangan pihak berkuasa di sini, ibu negara Mesir, semalam.
Suspek itu terbunuh di sebuah unit pangsapuri dalam kejadian tembak-menembak, selepas dikepung, di Madinet Nasr, Kaherah.
Menurut laporan BBC, lelaki itu dikenali sebagai Hazem.
Dalam serangan ke atas pejabat konsul pada 11 September lalu, yang secara kebetulan berlaku pada hari AS mengadakan upacara peringatan peristiwa 11 September 2001 di New York, empat orang terbunuh. Daripada empat yang terbunuh itu seorang ialah Duta AS ke Libya.
Laporan itu juga menyebut bahawa suspek yang diserbu pihak berkuasa awal pagi semalam,  membaling sebutir bom.
Ia disusuli dengan serangan balas, yang berlarutan beberapa jam.
Suspek dilaporkan mati dengan kesan bakar. Bahan-bahan letupan dikatakan turut ditemui di unit pangsapuri dia tinggal.

No comments:

Post a Comment