Malala Yousufzai |
ISLAMABAD - Sembilan orang telah ditahan berhubung insiden menembak pelajar perempuan Pakistan, yang mengkritik dasar Taliban, Malala Yousufzai, baru-baru ini.
Bagaimanapun suspek utama masih bebas.
Bagaimanapun suspek utama masih bebas.
Pihak polis Pakistan mengenal pasti Atta Ullah Khan, 23, dari daerah Swat, lokasi di mana Malala diserang, sebagai suspek utama.
Atta Ullah sedang mengikuti pengajian sarjana dalam bidang kimia.
Tambahan kepada enam lelaki, kesemuanya dari Lembah Swat, polis telah menahan ibu Atta Ullah, abang dan tunangnya.
Bagaimanapun saudara-mara Atta Ullah tidak didakwa terlibat dalam serangan itu, kata pegawai polis dipetik CNN.
Malala kini menerima rawatan di Hospital Universiti Birmingham. Dia dilaporkan berhadapan dengan masalah jangkitan
Keluarganya masih kekal di Pakistan.
No comments:
Post a Comment