AMMAN – Duta Malaysia ke Jordan, Datuk Abd Malek Abd Aziz menegaskan terdapat sedikit salah faham antara kerajaan Syria dan Malaysia apabila pasukan misi bantuan kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) dituduh menyeberang sempadan dan membantu penentang kerajaan pimpinan Presiden Bashar Al-Assad.
Menurutnya, apa yang dilakukan oleh KP1M hanyalah membantu pelarian yang berada kem-kem di dalam Jordan terutamanya di kem Al-Za’tari, kem Ar-Ramtha dan perkampungan sekitar bandar Al-Mafraq dan Amman.
“Pihak kerajaan Syria telah meminta penjelasan Kementerian Luar mengenai misi yang diadakan ini. Kita sudah menjelaskan misi bantuan ini hanya berada di dalam kawasan Jordan.
“Setakat ini kita belum dapat nota bantahan, tetapi pihak Syria memahami matlamat misi ini,” katanya kepada media selepas Majlis Penutup misi bantuan KP1M kepada pelarian Syria.
Katanya lagi, salah faham ini berlaku kerana kerajaan Syria mendakwa KP1M menggunakan Jordan sebagai transit sebelum menyeberang sempadan dan membantu pemberontak di negara tersebut.
Sebelum ini, bas sukarelawan KP1M telah diserang menggunakan batu di kem Al-Za’tari kerana menggunakan bendera Syria kerajaan Bashar. Untuk maklumat, pelarian Syria merupakan pihak penentang yang menyokong Pergerakan Pembebasan Syria.
Sementara itu, Presiden KP1M, Datuk Abd Azeez Rahim berkata, misi 11 hari di Jordan bagi membantu 200,000 pelarian telah menelan belanja RM3.3 juta.
Katanya, misi KP1M kali ke-28 ini merupakan misi yang paling besar dan paling lancar kerana dibantu oleh 200 pelajar Malaysia di sini.

No comments:
Post a Comment