Tehran: Iran mendakwa memiliki data yang diperoleh dari sebuah pesawat tanpa pemandu Hizbullah yang memasuki kawasan larangan dan pangkalan di Israel bulan ini, kata seorang pegawai pertahanan.
Pesawat kawalan jauh itu didakwa memindahkan data secara langsung, merakamkan pangkalan Israel yang sensitif, kata pengerusi suruhanjaya pertahanan parlimen Iran, Esmaeel Kosari kepada televisyen Iran berbahasa Arab, Al-Alam.
Gambar kawasan larangan itu ada pada Iran, katanya dalam satu temubual yang disiarkan malam Ahad lalu.
Tentera udara Israel pada 6 Oktober lalu menembak jatuh sebuah pesawat tanpa pemandu di padang pasir Negev selepas ia memasuki ruang udara negara itu dari Laut Mediterranean.
Ketika itu tentera Israel menolak bahawa pesawat tanpa pemandu akan dilancarkan dari Semenanjung Gaza dan melihat kemungkinan bahawa militan Hizbullah akan menghantarnya.
Pemimpin Hizbullah, Hassan Nasrallah pada 11 Oktober menegaskan bahawa kumpulan Syiah beliau menghantar pesawat berkenaan memasuki Israel dan menyatakan bahawa ia adalah dibuat di Iran dan dipasang di Lubnan.
Ia terbang ke tempat sensitif dan penting beberapa kilometer sehingga musuh menyedari kehadirannya berhampiran (kawasan nuklear) Dimona, kata Nasrallah tanpa menyebut kawasan penting terbabit.
Iran mengesahkan dakwaan Nasrallah itu dan mempersendakan pertahanan Israel.
Menteri Pertahanan Iran, Ahmad Vahidi berkata pesawat tanpa pemandu itu memusnahkan semuanya yang dikatakan mengenai sistem Iron Dome, pelindung pertahan udara Israel.
Bercakap kepada Al-Alam, Kosari juga mengulangi dakwaan Vahidi terdahulu bahawa Iran memiliki pesawat tanpa pemandu yang lebih canggih berbanding apa yang digunakan Hizbullah.
AFP
No comments:
Post a Comment