KAWAT berduri dan tentera bersenjata mengawal penempatan penduduk beragama Islam di Sittwe, ibu negeri Rakhine yang dilanda keganasan.
Ia seolah-olah menjadi penjara bagi keluarga yang sudah mendiami kawasan sempit itu sejak beberapa generasi lalu.
Tentera yang mengawal di luar tidak menghalang penduduk meninggalkan penempatan itu. Pihak berkuasa Myanmar mendakwa kehadiran tentera itu kononnya untuk melindungi penduduk berkenaan daripada serangan penganut Buddha.
Di pusat bandar berhampiran, kehidupan harian semakin pulih sejak pihak berkuasa menguatkuasakan perintah berkurung pada Jun lalu ekoran pertempuran antara penduduk Islam dengan Buddha yang meragut puluhan nyawa dan menyebabkan puluhan ribu hilang tempat kediaman.
Bagaimanapun, ratusan keluarga Islam Rohingya di penempatan Aung Mingalar itu berkata, mereka sentiasa hidup dalam ketakutan.
“Orang Rakhine (penduduk beragama Buddha) akan menyerang kami hari ini,” kata seorang lelaki Jumaat lalu.
Pada petang berkenaan, sekumpulan kaum Rakhine, yang sebelum itu menuduh etnik Rohingya menyerang masyarakat mereka berkumpul di luar penempatan itu, menyebabkan anggota tentera melepaskan tembakan amaran. Ia mencetuskan panik di dalam penempatan itu.
Selama tiga hari berturut-turut sebelum itu, ratusan etnik Rakhine yang diketuai sami Buddha berarak berhampiran kem berkenaan mendesak kerajaan memindahkan penempatan Aung Mingalar.
Jeritan mereka dapat didengar dengan jelas oleh etnik Rohingya di dalam. Mereka hanya boleh membayangkan apa yang berlaku di luar.
“Pada pendapat saya, hidup di gurun Sahara di Afrika adalah lebih baik daripada tinggal dalam keadaan seperti ini,” kata Mohamed Said, 28, dengan linangan air mata.
“Kami tidak sanggup lagi hidup menderita. Kami sudah kehilangan segala-galanya. Kami juga manusia,” katanya.
Kira-kira 3,000 hingga 8,000 orang dipercayai tinggal di penempatan itu, kawasan seluas 0.5 kilometer persegi. Tidak ada kenderaan keluar masuk dan hampir semua kedai sudah ditutup.
Bekalan makanan, khususnya beras, disediakan oleh pihak berkuasa. Ada juga penduduk tempatan beragama Buddha yang bersimpati, menghulurkan bantuan secara sulit kerana bimbang ia akan menimbulkan kemarahan penduduk lain. Namun, makanan masih tidak mencukupi.
Beberapa anggota masyarakat Rohingya bertindak berani keluar dari penempatan itu yang dikepung dengan pagar buluh, kawat berduri dan kawalan keselamatan, dengan melindungi muka mereka menggunakan pelbagai cara bagi mengelak daripada dikenali.
Tetapi, sebahagian besar etnik itu tidak keluar sejak beberapa bulan lalu.
“Pagar buluh ini umpama sekatan psikologi, menjadi simbol kebimbangan yang memisahkan dua dunia,” kata Chris Lewa, Ketua Projek Arakan yang berkempen untuk hak Rohingya.
Gesaan semakin meningkat supaya penduduk Islam itu dipindahkan.
“Jika penempatan Aung Mingalar kekal di bandar ini, masalah akan terus bertambah buruk,” kata, Nya Na, antara ketua sami yang mengetuai rancangan jahat terhadap etnik Rohingya.
Masyarakat Rohingya yang tidak diiktiraf oleh Myanmar sebagai rakyat sudah sekian lama dianggap oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai golongan minoriti paling teraniaya di muka bumi ini.
Kerajaan Myanmar dan kebanyakan rakyat negara itu menganggap mereka sebagai pendatang haram yang berasal dari Bangladesh. Digelar penduduk setempat sebagai ‘Benggali,’ pergerakan masyarakat Rohingya dikawal begitu ketat dan mereka hanya mempunyai peluang amat kecil untuk diambil bekerja mendapatkan pelajaran dan khidmat awam.
Lebih 50,000 penduduk Islam dan sehingga 10,000 Buddha dipercayai menjadi pelarian di seluruh Rakhine selepas terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing apabila perusuh membakar seluruh perkampungan mereka.
Dasar pengasingan sudah pun dilaksanakan terhadap 800,000 penduduk Rohingya di barat Myanmar. Langkah itu semakin diperluaskan, sekali gus mencetuskan kebimbangan ia akan terus dikekalkan.
Penganut Islam Myanmar itu ditindas dan tidak dipedulikan. Ribuan mereka tinggal di kem yang sesak di pinggir Sittwe, diasingkan daripada populasi Buddha dengan keperluan untuk menjalani kehidupan harian begitu terhad.
Lelaki dan wanita Islam, dengan jambang dan bertudung yang enam bulan lalu boleh ditemui di pusat bandar, kini tidak lagi kelihatan.
Pengasingan itu mengimbau kembali era aparteid di Afrika Selatan pada 1980. Tetapi, keadaan di Myanmar lebih teruk kerana masyarakat Rohingya tidak boleh meninggalkan penempatan mereka, kata Lewa.
“Kebebasan bergerak sentiasa menjadi isu bagi mereka. Tetapi sekatan ke atas mereka berada di tahap melampau,” kata Sarnata Reynolds dari kumpulan bantuan Refugees International.
Menurutnya, secara tidak rasmi, wujud persefahaman bahawa kem berkenaan kemungkinan akan terus wujud untuk selama tiga tahun atau lebih lagi. Dan ia mungkin satu permulaan bagi pengasingan yang berkekalan.
PBB yang sejak puluhan tahun lalu begitu aktif di rantau itu tidak berdiam diri.
“Kami dimaklumkan oleh kerajaan bahawa ia bertujuan untuk mengawal keadaan. Ia pemisahan yang bersifat sementara. Bukan pengasingan,” kata Ketua PBB negara itu, Ashok Nigam.
Tetapi, sekiranya kem berkenaan ditutup dan pagar kawat berduri di sekeliling Aung Mingalar diruntuhkan, kebimbangannya ialah akan wujud prasangka antara masyarakat yang satu ketika dulu pernah hidup berjiran. - AFP

No comments:
Post a Comment