TEHERAN - Menteri Luar Iran, Ramin Mehman-Parast kesal terhadap serangan udara rejim Zionis ke atas Gaza, semalam, dan menggesa badan antarabangsa serta pertubuhan hak asasi manusia mendesak Israel supaya menghentikan penindasan terhadap rakyat Palestin.
“Kami mengutuk keras serangan ke atas penduduk Palestin yang tidak berdosa dan terus menjadi mangsa,” katanya.
Serangan dilancarkan selepas tentera rejim Zionis mengepung penduduk di Gaza sebelum melakukan serangan di Qarara, berhampiran bandar selatan Khan Yunis.
Minggu lalu, Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak mengancam melancarkan serangan ke atas Semenanjung Gaza.
“Jika kita memerlukan operasi darat, akan ada operasi udara,” katanya dalam satu kenyataan.
Laporan turut menyebut, Israel bertindak sedemikian bagi membalas dendam terhadap serangan roket di selatan Israel, minggu lalu. - AP

No comments:
Post a Comment