MANILA: Mahkamah Filipina semalam membuat pengakuan tidak bersalah bagi pihak bekas Presiden Gloria Macapagal Arroyo atas dakwaan menyalahgunakan dana loteri kerajaan sebanyak AS$8.8 juta (RM26.9 juta) dalam kes rasuah ketiga dihadapinya.
Gloria, 65, yang menghidap sakit leher dibawa polis ke mahkamah dari hospital tentera. Dia dimasukkan ke hospital beberapa hari sebelum mahkamah mengeluarkan waran tangkap terhadapnya atas dakwaan menggelapkan wang kerajaan awal bulan ini dan mengarahkan dia dikurung oleh pegawai keselamatan.
Gloria muncul dengan berkerusi roda dan memakai pendakap leher serta selendang merah jambu. Dia enggan membuat pengakuan dan meminta hakim merekodkan pengakuan tidak bersalah bagi pihaknya. Sembilan lagi, kebanyakannya bekas pegawai agensi loteri kerajaan turut didakwa. - Manila Times

No comments:
Post a Comment