RIVERSIDE, California - Seorang wanita berusia 60 tahun ditangkap selepas berucap melebihi tiga minit yang diperuntukkan pada mesyuarat Majlis Bandaraya Riverside, lapor akhbar Riverside Enterprise, semalam.
Video ketika Karen Wright ditangkap sempat dirakamkan yang menunjukkan warga emas itu digari oleh polis dan didakwa mengganggu mesyuarat awam.
"Bolehkah anda melihat pergelangan tangan saya? Mereka menarik dengan kasar pergelangan tangan saya!
"Saya tidak boleh bangun tanpa meletakkan tangan saya ke bawah," katanya yang mendakwa polis menggari tangannya pada lututnya.
Sementara itu, Datuk Bandar Riverside, Ron Loveridge dan anggota majlis yang lain menafikan mengarahkan penangkapan itu, sebaliknya berkata apa yang berlaku ialah ucapan Wright telah tersasar dengan mengkritik cara majlis tempatan menangani enapcemar sambil menyeret isu kontrak.
Ujar Loveridge, apabila masa Wright tamat, salah seorang daripada dua pegawai polis yang menghadiri majlis itu mula menghampiri Wright tetapi wanita itu telah bertindak balas dan berteriak, "saya mahu anda menghentikan gangguan polis ini.”
Sementara itu, dalam video berkenaan, kedengaran suara seseorang menjerit, "ini adalah legasi anda, Datuk Bandar."
Bagimanapun ujar Datuk Bandar, beliau mengatakan beliau tidak pernah mendengar penceramah lain ditangkap pada mesyuarat majlis bandar sejak berkhidmat pada jawatan itu 32 tahun lalu.
Loveridge juga menambah, pegawai polis tidak dibenarkan membuat tangkapan kecuali diarah berbuat demikian oleh pengerusi majlis.

No comments:
Post a Comment