29 Januari 2013
ABU DHABI - Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengarahkan 94 penentang dibicarakan atas dakwaan cuba untuk merampas kuasa.
Peguam Negara, Salem Saeed Kubaish berkata, kesemua suspek itu dipercayai telah menubuhkan sebuah kumpulan rahsia yang bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan.
Menurut beliau, kumpulan tersebut dikatakan mempunyai kaitan dengan gerakan Ikhwanul Muslimin.
Tahun lalu, seramai 60 aktivis ditahan di bawah undang-undang negara itu yang turut melarang sebarang penubuhan parti politik dan demonstrasi diadakan bagi tujuan menentang kerajaan. - AFP

No comments:
Post a Comment