Wednesday, January 30, 2013

Pesta dadah di kediaman artis didalangi sindiket?



JAKARTA 28 Jan. - Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia tidak menolak kemungkinan penganjuran pesta dadah di kediaman artis popular Raffi Ahmad malam minggu lalu didalangi sindiket.
BNN sehingga hari ini masih belum mendedahkan identiti lima daripada 17 orang yang ditahan di rumah pengacara program hiburan terkenal itu.
Selain Raffi, tiga artis lain yang kini sedang disiasat BNN ialah pelakon dan penyanyi terkenal, Irwansyah dan isterinya, Zacskia Sungkar serta Wanda Hamidah.
"Siasatan bagi mengetahui apakah ia ada kaitan dengan sindiket dadah," kata Ketua Bahagian Perhubungan Awam BNN, Sumirat Dwiyanto kepada wartawan.
Tegas beliau, siasatan akan menjurus kepada seorang individu yang menjadi tali barut kepada pembekal dadah itu.
Kelmarin, BNN menyerbu rumah Raffi di Lebak Bulus, Jakarta Selatan dan menahan 17 orang yang dilaporkan sedang berpesta dadah.
Dalam serbuan itu, anggota penguatkuasa BNN turut menyita sejumlah barangan bukti seperti dadah serta pil khayal ekstasi.
Antara artis Indonesia yang pernah mengambil dadah dan dimasukkan ke pusat pemulihan ialah aktor veteran, Roy Marten yang ditahan pada 2006 sebelum dibebaskan setahun kemudian, serta penyanyi rock veteran, Achmad Albar yang pernah dipenjarakan beberapa tahun pada 2007.
Artis lain yang pernah mendapat liputan meluas media kerana dikaitkan dengan dadah ialah penyanyi Sammy Simorangkir serta pemain drum kumpulan Padi, Yoyo. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130129/lu_04/Pesta-dadah-di-kediaman-artis-didalangi-sindiket#ixzz2JOULDaWl
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment