Wednesday, January 30, 2013

PEMUDA CEDERA DITEMBAK TENTERA ZIONIS



Seorang pemuda Palestin telah tercedera sewaktu mengutip kepingan besi akibat ditembak tentera rejim zionis. Kejadian itu berlaku selepas waktu zohor hari ini di daerah Bayt Hanoun, utara Semenanjung Gaza.

Menurut saksi, sekumpulan tentera zionis yang berkumpul berdekatan pagar keselamatan di sempadan melepaskan tembakan ke arah sebilangan orang awam Palestin yang sedang mengutip kepingan besi di sebelah utara Bayt Hanoun, lantas mengakibatkan salah seorang dari mereka telah cedera.

Hampir setiap hari penduduk Palestin khususnya para petani yang turun ke tanah pertanian berdekatan pagar keselamatan di sebelah timur dan utara sempadan menjadi mangsa tentera zionis. Situasi ini berlarutan hingga hari ini meskipun gencatan senjata telah dipersetujui bermula pada 21 November 2012.

Sumber:
29/01/2013, web berita Safa

Sumber : Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

No comments:

Post a Comment