29 Januari 2013
CHICAGO - Seorang ibu pasrah selepas kehilangan anak keempatnya dalam kejadian keganasan membabitkan senjata di West Side, Chicago, Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Kesedihan Shirley Chambers atas kematian tiga anaknya beberapa tahun lalu kian parah selepas anak bongsunya, Ronnie Chambers ditembak di kepala ketika berada dalam kereta.
“Kesemua anak saya maut akibat keganasan senjata,” katanya ketika di temu bual stesen televisyen LWS.
Anak pertamanya, Carlos Chambers, 18 ditembak dan dibunuh rakan sekelas pada 1995.
Anak kedua dan ketiganya, Latoya, 15, dan Jerome, 14, ditembak dan dibunuh pada 2000.
Polis merekodkan, tujuh orang terbunuh dan enam lagi mengalami kecederaan dalam keganasan membabitkan senjata dalam tempoh sehari. - AFP

No comments:
Post a Comment