Wednesday, January 30, 2013

Guru Yang Ke 158 Ditembak Mati.



Chonthee Charoenchen 51,ditembak dua das di kepala oleh salah seorang empat lelaki yang datang ke sekolah dengan dua buah motorsikal. Chonlathee mati ditempat kejadian.

Menurut Pol Lt ParadomKotetas,pegawai bertugas di balai polis Bacho kejadian itu berlaku di sekolah Ban Tanyong kira-kira pukul 12.20tengahari kelmarin(Rabu).

Mangsa dijumpai terbaring berlumuran darah di hadapan pintu masuk kantin sekolah.

Saksi memberi tahu polis sebelum kejadian itu Chonlathee dan beberapa orang guru lain menyelia makan tengahari kepada 292 murid.

Sekumpulan empat orang lelaki tiba dengan dua buah motorsikal dan berhenti di luar kantin. Salah seorang lelaki itu mengaku sebagai waris dan mendekati Chonlathee.Dia mengeluarkan pistol lalu melepas dua das tembakan ke kepala Chonlathee. Guru ini mati serta merta di tempat kejadian.

Penyerang melarikan diri dengan menggunakan kereta Nissan milek Chonlathee.

Arahan dikeluarkan supaya sekolah ditutup selepas kejadian itu. Waris berpusu-pusu datang ke sekolah mengambil anak mereka.

Ada sebilangan waris yang menjerit melihat kejadian yang berlaku di hadapan mata mereka.

Oleh TS Musafir

sumber: http://amanpattani.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment