0 0 Google +0 0 0 Cetak
DamsyiK: Perdana Menteri Russia berkata, Presiden Syria, Bashar al-Assad melakukan kesilapan besar kerana menangguhkan pembaharuan politik.
“Beliau sepatutnya bertindak lebih pantas dan mengadakan rundingan dengan penentang yang sebelum ini sudah bersedia untuk berunding dengannya. Ia kesilapan besar yang dilakukan Bashar. Apa yang saya lihat, peluangnya untuk terus berkuasa semakin tipis dari sehari ke sehari,” kata Dmitiri Medvedev dalam wawancara dengan televisyen CNN di Davos, Switzerland.
Beliau berada di bandar itu kerana menghadiri Forum Ekonomi Dunia.
“Saya sendiri berbual beberapa kali dengan Bashar menerusi telefon. Saya memberitahunya, ‘Anda perlu memulakan pembaharuan. Anda perlu berunding,” katanya, menurut transkrip CNN.
Medvedev bagaimanapun mengulangi pendirian Russia bahawa hanya rakyat Syria boleh menentukan nasib Bashar. Barat sudah sekian lama menggesa pemimpin itu meletak jawatan bagi menamatkan keganasan selama 22 bulan yang menyebabkan lebih 60,000 orang terbunuh. - AFP
No comments:
Post a Comment