TINJAUAN AKHBAR
[Fokus] Agensi berita El-Mesryoon telah dapat menceroboh ke alam rahsia kumpulan Black Bloc.
Pada beberapa hari yang lalu, timbul banyak persoalan (tidak faham) berikutan pertempuran berdarah yang tercetus dan menentang pasukan keamanan serta banyak kejadian rusuhan dan kacau-bilau yang dilakukan oleh kumpulan terbabit menjelang dan semasa hari sambutan kedua ulangtahun Revolusi 25 Januari di Mesir.
Kumpulan ini dianggotai lebih 600 orang, sebahagian besarnya dari gerakan-gerakan sosialis, haluan kiri, dan aqbat (kristian). Pengakuan dari kumpulan ini, bilangan mereka berjumlah 10 ribu orang. Ianya turut dianggotai ahli-ahli gerakan revolusi, saki-baki pemerintahan Mubarak (الفلول), dan pemuda altras.
Antara individu dalam kumpulan ini, Abudi Ibrahim Abudi anak kepada bekas ahli parlimen Mesir selaku bekas anggota parti Mubarak yang telah bubar (National Democratic Party) dan beberapa lagi nama yang telah disenaraikan.
Mereka telah melakukan 20 operasi jenayah dan pada waktu yang sama, mereka merancang untuk menggiatkan lagi kegiatan mereka pada hari mendatang di pertengahan Kaherah, bandar Mahallah dan Iskandariah. Demikian itu tentangan kepada ketetapan Presiden Mesir yang telah mengumumkan perintah berkurung dan darurat di kawasan-kawasan berhampiran Terusan Suez.
Penyelaras Gerakan Somidun, Hazim Khatir berkata, pihaknya telah mengenalpasti 50 orang anggota Black Bloc serta mempunyai bukti-bukti keterlibatan mereka dalam kegiatan jenayah dan keganasan malah mengetahui pergerakan sulit mereka. Beliau memberi ancaman kesemua ini akan didedahkan dan akan membicarakan mereka di mahkamah sekiranya mereka tidak menghentikan kegiatan mereka. Khatir turut menafikan kaitan anggota-anggota kumpulan ini dengan gerakan-gerakan revolusi yang lain sambil menegaskan Black Bloc terdiri daripada mereka yang bermasalah, salah seorangnya pemuda revolusi, Taiesh serta sebilangan besar pemuda aqbat, pemuda sosialis, dan pemuda-pemuda yang berideologi komunis.
Operasi dan kegiatan jenayah mereka disogok dengan bekalan senjata, kewangan dan bahan yang memabukkan, menurut Khatir.
Keterangan dari Black Bloc, mereka telah mempersiapkan tentera elektronik yang dianggotai 1200 orang baru-baru ini bertujuan merosakkan pejabat-pejabat Ikhwan Muslimin dan menjawab penipuan mereka. Menerusi facebook, Black Bloc berkata sejak dua tahun yang lalu, anggota-anggotanya menerima latihan (rekrut) untuk menyertai mana-mana sambutan di Mesir. Jelas lagi, mereka bukan dari kalangan mana-mana parti politik, juga bukan dari kumpulan kristian bersenjata yang dibekal oleh gereja sepertimana yang didakwa oleh Ikhwan Muslimin. Tegas Black Bloc, balas bunuh syuhada' revolusi adalah tuntutan mereka dan menyerang pejabat-pejabat Ikhwan Muslimin pula adalah matlamat mereka. Demikian itu, mereka mengungkapkan rahsia kejayaan adalah menyembunyikan identiti anggota-anggotanya.
Sumber:
29/01/2013, akhbar harian El-Mesryoon
Sumber : Mini-Pavilion 'From Palestine With Love'(MAP)

No comments:
Post a Comment