29 Januari 2013
BAMAKO - Tentera Mali dan Perancis berjaya menawan semula lapangan terbang Timbuktu, kelmarin dalam usaha untuk merampas wilayah di utara Mali.
Kementerian Pertahanan Perancis memaklumkan mereka turut melancarkan serangan udara sejak Sabtu lalu di Gao dan Timbuktu.
Menurut kementerian itu lagi, kejayaan mereka mengawal bandar Gao di timur Timbuktu adalah kemenangan terbesar dalam operasi selama 17 hari yang dilancarkan untuk menentang kumpulan militan di negara tersebut.
Operasi besar-besaran itu dilihat akan meningkatkan lagi ketegangan selepas kebanyakan bandar yang dikuasai kumpulan militan sejak April lalu ditawan semula oleh tentera Mali dengan bantuan Perancis. - Al-Jazeera

No comments:
Post a Comment