Bapa kepada Saiful Bukhari, Azlan Mohd Lazim dijangka akan menyertai PKR selepas menyerahkan borang secara rasmi untuk menjadi ahli di sekretariat parti tersebut di Petaling Jaya hari ini.
Anak lelakinya Saiful sebelum ini meraih populariti selepas mendakwa diliwat ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun ketua pembangkang dibebaskan daripada tuduhan berkenaan pada Januari tahun lalu.
Dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR selepas menyerahkan borang itu, Azlan berkata beliau sudah lama menjadi penyokong PKR dan kini akan menyertai parti itu bawah pimpinan Anwar.
Azlan dalam kenyataannya dua hari lalu mendakwa anaknya Saiful Bukhari dipergunakan oleh "seseorang dalam pejabat perdana menteri" untuk memburuk-burukkan Anwar...
No comments:
Post a Comment