Tuesday, March 12, 2013

KISAH BUSYRA : PELARIAN KE SEJUTA DI LUBNAN

KISAH BUSYRA : PELARIAN KE SEJUTA DI LUBNAN

Wanita yang bernama Buysra ini merupakan anak jati Syria yang tinggal di pusat bandar wilayah Hama. Sejak setahun yang lalu, setelah suaminya ditangkap dan rumahnya dibakar, Busyra telah menjual kesemua emas dan milikan syarikatnya untuk menyelamatkan dirinya bersama ahli keluarga yang lain dan menjadi pelarian di Lubanan.

Menurut Busyra, dua minggu yang lalu beliau ke Tripoli, Utara Lubnan dan tinggal di sebuah pondok kecil yang usang bersama sekitar 20 ahli keluarga yang lain. Atap rumahnya dilitupi tayar-tayar buruk dan untuk saluran kumbahan, mereka terpaksa menggali saluran dibawah rumah.

Beliau menyebut lagi, sehingga kini beliau tidak mendapat khabar tentang suaminya yang ditangkap oleh rejim, samada masih hidup atau telah gugur syahid. Ketika beliau ke ibu pejabat UNHCR di Ibu Kota Tripoli untuk mendaftarkan diri sebagai pelarian, beliau dimaklumkan bahawa beliau merupakan pelarian ke 1 juta.

Beliau terus menangis apabila mendapat khabar tersebut, kerana rupa-rupanya 1 juta rakyat Syria berkongsi pengalaman perit ini akibat kekejaman rejim Basyar.

Doakan mereka.

No comments:

Post a Comment