Tuesday, March 12, 2013

‘Tembak bukan kerana tekanan’


Lahad Datu: Polis menafikan tindakan menembak mati kanak-kanak berusia 12 tahun berlaku kerana anggota keselamatan dalam Op Daulat menghadapi tekanan sebaliknya Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata, mental anggota pasukan keselamatan utuh dan tidak bertindak luar kawalan.

Menurutnya, anggota pasukan keselamatan tidak menghadapi sebarang tekanan ketika melakukan operasi itu dan pihaknya mempunyai anggota terlatih.


“Tidak timbul soal menghadapi sebarang tekanan sebaliknya tindakan dilakukan itu kerana keadaan kawasan terbabit menjadi sasaran untuk menangkap pengganas.

“Lagi pun kawasan terbabit berada di dalam Zon Merah dan orang awam tidak dibenarkan berada di sana,” katanya.


Media semalam melaporkan remaja lelaki berusia antara 12 hingga 15 tahun maut manakala seorang lelaki berusia 30-an cedera di kaki ditembak pasukan keselamatan ketika berada di Zon Merah.

No comments:

Post a Comment