JOHOR BAHRU - Polis Johor mengambil keterangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua berhubung kenyataannya yang mendakwa, insiden pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah sebagai konspirasi terancang dan sandiwara UMNO.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, keterangan Ahli Parlimen Batu itu direkodkan di ibu negara petang semalam oleh sepasukan polis kontinjen Johor.
"Selain Tian Chua, polis juga merakamkan keterangan dua editor Keadilan Daily dan wartawan dari NST (New Straits Times) di ibu negara," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, semalam.
Jelasnya, sehingga kelmarin, sebanyak 230 laporan telah dibuat oleh orang ramai di seluruh negara terhadap kenyataan Tian Chua dengan laporan pertama diterima pada 2 Mac lepas di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0312&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz2NKoZgZmV
Hakcipta terpelihara
No comments:
Post a Comment