Tuesday, March 12, 2013

Nafi 4 lelaki bersenjata tuntut mayat rakan



Semporna: Pengarah Hospital Daerah Semporna Dr Amran Japar menafikan dengan keras laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam, bahawa empat lelaki bersenjata M-16 dipercayai pengganas Sulu, datang ke hospital daerah Semporna untuk menuntut mayat anggota kumpulan mereka.

“Tolong jangan sebar berita atau maklumat tidak benar di tempat kami hingga mencetuskan ketakutan kepada penduduk,” katanya di sini, semalam.


Beliau berkata kawalan keselamatan yang dilakukan anggota polis terutama di kawasan hospital itu memberi keyakinan kepada penduduk untuk berurusan seperti biasa.

Namun menurutnya, ada segelintir pemberita melaporkan berita tidak benar seterusnya menakutkan penduduk.

No comments:

Post a Comment