Tuesday, March 12, 2013

‘Tiada arahan berpindah’

Oleh Yusri Abdul Malek, Mohd Razlan Salleh, Mohaamad Hafiz Nawawi, Fardy Bungga dan Erdiehazzuan Ab Wahid
Lahad Datu: Ketiadaan ketua Kampung Tegupi di sini, yang gagal dikesan hingga kini mencetuskan tanda tanya di kalangan penduduk, termasuk mereka sukar mendapatkan maklumat mengenai situasi terkini Op Daulat berikutan kedudukan lokasi perkampungan mereka yang hanya terletak kira-kira lapan kilometer dari Zon Merah.
Rata-rata penduduk di perkampungan itu hidup dalam ketakutan dan berlindung di rumah masing-masing kerana tiada arahan dikeluarkan pihak keselamatan untuk berpindah.
Lebih malang, penduduk mengakui tidak mengetahui di mana ketua kampung mereka sebaik pertempuran bermula 1 Mac lalu.

Penduduk, Adam Ahmad, 29, berkata penduduk bimbang mengenai keselamatan diri dan keluarga sekiranya pengganas terbabit memasuki kampung mereka.
Foto
MOHD Aziz bersama anak saudaranya di halaman rumah mereka.

“Kami tidak menerima sebarang arahan untuk berpindah walaupun sering terdengar bunyi tembakan hampir setiap hari.

No comments:

Post a Comment