Friday, July 26, 2013

2 guru Islam korban bom di selatan Thailand


Hat Yai: Dua guru terbunuh dan tiga lagi cedera apabila sebutir bom yang dipasang di tepi jalan meletup.

Kumpulan pemisah selatan Thai disyaki meletupkan bom berkenaan ketika kereta membawa tiga guru melintasi sebuah hospital di daerah Chanae di wilayah Narathiwat, semalam.


Jurucakap polis Kolonel Patta Madawah berkata, pihaknya percaya kumpulan berkenaan menyasarkan kenderaan polis di depan kereta guru terbabit.

Dua guru wanita berusia 43 dan 38 tahun terbunuh sementara seorang guru lelaki cedera parah dalam serangan itu. Dua anggota polis juga cedera. Ketiga-tiga guru berkenaan beragama Islam.


Lebih 5,000 orang, termasuk 150 guru maut maut sejak keganasan menuntut kemerdekaan tiga wilayah selatan Thai bermula pada 2004.


Serangan semalam berlaku dua minggu selepas perunding pemisah bersetuju menghentikan keganasan sepanjang Ramadan. - AP

No comments:

Post a Comment