Friday, July 26, 2013

Azza El Garf salah seorang bekas ahli Parlimen Mesir menyeru rakyat Mesir untuk turun pada hari ini (Jumaat) dan bersama-sama dalam (himpunan jutaan ‘Jumaat Furqan’ dan kekalahan kudeta) sehingga tuntutan-tuntutan mereka yang menuntut legitimasi berjaya dicapai.

Dalam ucapannya pada perhimpunan Wanita di atas pentas utama Medan Nahdhah, beliau menuntut agar kaum wanita turut terlibat dalam perhimpunan tersebut demi untuk memastikan masa depan mereka, anak-anak mereka dan negara mereka terjamin sambil mengisyaratkan bahawa syahid pertama dalam Islam adalah seorang wanita, dan wanita yang berada di Medan Nahdhah tidak kurang hebatnya seperti golongan muslim terdahulu.

Beliau menegaskan bahawa penunjuk perasaan tidak akan meninggalkan medan tempat mereka berkumpul sehingga kebebasan mereka yang telah dirampas, dikembalikan semula dan hukuman qisas dijalankan ke atas mereka yang membunuh rakyat Mesir.

Beliau berkata : Rakyat Mesir tidak mempunyai masalah dengan tentera Mesir, tetapi mereka tidak bersetuju dengan cara kudeta yang menggunakan cara pertumpahan darah, beliau juga menegaskan bahawa rakyat Mesir, beliau tidak akan duduk diam sehinggalah hukuman dijatuhkan ke atas orang yang membunuh, melakukan khianat kepada negara, dan menumpahkan darah sesama rakyat Mesir.

Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬
 
No comments:

Post a Comment