WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS), semalam, memberi amaran kepada Rusia agar tidak memberikan perlindungan kepada pelarian AS, Edward Snowden yang membocorkan maklumat sulit negara Jun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Senat, Senator Robert Menendez berkata, amaran dikeluarkan selepas mendapat laporan mengatakan Rusia membenarkan Snowden meninggalkan lapangan terbang utama Moscow.
Beliau mendakwa, hubungan diplomatik dua negara itu akan rosak dengan tindakan Rusia.
"Saya ulang sekali lagi , jangan melindungi Snowden jika tidak mahu hubungan AS dan Rusia renggang, katanya dipetik dari laporan PressTV.
"Snowden adalah pelarian yang patut didakwa di AS bagi pertuduhan pengintipan serius," kata Menendez.
Sementara itu, pegawai Rusia berkata, Washington mengabaikan permintaan ekstradisi mereka.

No comments:
Post a Comment