NARATHIWAT 24 Julai - Dua daripada tiga guru terkorban, manakala seorang anggota polis cedera dalam satu insiden letupan bom di hadapan Hospital Chanae di sini, hari ini.
Media tempatan melaporkan, bom itu dipercayai ditanam di tepi sebatang jalan di hadapan hospital tersebut dan diletupkan pada pukul 9.07 pagi waktu tempatan.
Bom itu diletupkan ketika pasukan polis yang mengiringi kumpulan guru ke sekolah melalui jalan tersebut.
Dua guru yang terkorban itu mengajar di Sekolah Ban Pithak Kumung, manakala seorang lagi cedera parah.
Anggota polis yang maut juga dikenal pasti sebagai Taweesak Yokhawat.
Menurut laporan terdahulu, dua guru maut dan hanya seorang cedera tanpa menyatakan ada anggota polis yang terlibat dalam kejadian itu.
Semalam, seramai enam orang maut, termasuk dua anggota polis dalam beberapa insiden letupan bom dan serangan tembakan di selatan negara ini.
Sepasang warga emas dan dua penduduk sebuah perkampungan turut menjadi mangsa tembakan dalam serangan keganasan di wilayah ini. - AGENSI/AFP
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130725/lu_07/2-guru-maut-keganasan-di-Narathiwat#ixzz2a8S7wWeb
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment