Friday, July 26, 2013

Tentera Sharif diserang militan



BEBERAPA orang lelaki mengangkat mayat seroang mangsa letupan di bandar Sukkur, Pakistan kelmarin.- AFP


MULTAN - Kumpulan militan meletupkan empat bom dan melakukan serangan di sebuah kawasan yang dikawal ketat oleh pasukan perisikan Pakistan di bandar Sukkur kelmarin, kata beberapa pegawai polis.
Kejadian itu mengorbankan tujuh orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 40 yang lain.
Masih belum jelas pihak yang melakukan serangan itu, namun kumpulan Taliban mendakwa bertanggungjawab terhadap beberapa serangan sebelum ini.
Jurucakap polis di Sukkur, Masood Bangash berkata, pertempuran berlanjutan selama lebih sejam apabila pihak berkuasa mengejar 10 militan.
Menurut Timbalan Ketua Polis, Javeed Odho, ibu pejabat Perisikan Antara Perkhidmatan (ISI) Pakistan dilihat menjadi sasaran utama.
Lima penyerang terkorban bersama seorang penduduk dan seorang kakitangan ISI.
Perdana Menteri, Nawaz Sharif pernah berjanji untuk mengadakan rundingan dan perdamaian dengan kumpulan militan sebelum beliau memenangi pilihan raya pada Mei lalu.
Bagaimanapun, beberapa siri serangan telah meningkat sejak Sharif mengambil alih jawatan dan pentadbiran beliau belum membentangkan strategi keselamatan. - Reuters


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0726&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_04.htm#ixzz2a8cqR2xI 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment