Saturday, July 27, 2013

ALIRAN PEMIKIRAN WAHABI : SATU PENJELASAN



Perkataan Wahabi adalah merupakan satu kata nama yang dinisbahkan kepada sebuah aliran yangtelah diasaskan oleh Muhammad b. `Abd al-Wahhab b. Sulaiman b. Ali (1115H-1206H) bersamaan (1703M-1792M) iaitu pada kurun ke-18 Masehi di Najd. Beliau yang berasal dari kabilah Banu Tamim, telah meninggal dunia pada tahun 1206H ketika berusia92 tahun[1]dan jenazahnya telah dikebumikan di Dir`iyyah (Najd). Beliau telah dilahirkan di negeri al-`Uyaynah iaitu merupakan sebuah negeri kecil yang terletak kira-kira70 km di sebelah barat kota Riyad. Ayahnya iaitu `Abd al-Wahhab merupakanseorang tokoh ulama beraliran Hanbali yang masyhur dan pernah menjadi kadi danmufti bagi negeri tersebut. Dikatakan bahawa datuknya iaitu Sulaiman b. Aliadalah merupakan mufti bagi seluruh wilayah Najd[2].Beliau hidup dalam keluarga yang faqih dalam mazhab Hanbali. Ini adalah keranadi wilayah Najd, terdapat para pengikut mazhab Hanbali, selain ia terletakberdekatan `Iraq yang merupakan markas utama penyebaran mazhab Hanbali padaketika itu[3].


Setelah beliau menzahirkanpemikiran beliau yang nyata menimbulkan kontroversi, satu perselisihan telahberlaku yang bukan hanya melibatkan di antara beliau dengan penduduk kampungnyabahkan juga turut mencetuskan perselisihan di antara beliau dengan bapanya.Selain itu, Syaikh Sulaiman b. Abd al-Wahhab yang merupakan saudara kandungbeliau telah mengarang sebuah kitab bagi menolak fahaman yang dibawa olehsaudara beliau yang dinamakan dengan Fasl al-Khitab fi al-Radd `ala Muhammad Ibn `Abd al-Wahhab.Bapa, saudara kandung dan guru-gurunya pernah berfirasat bahawa Muhammad b. Abdal-Wahhab ini akan menjadi seorang yang sesat dan menyeleweng setelah melihatbanyak pendapat, perbuatan dan bantahannya dalam beberapa permasalahan[4].Beliau telah menzahirkan dakwahnya secara rasmi hanya setelah kematian bapanyaiaitu pada tahun 1153H[5].

Muhammad b. Abd al-Wahhabtelah mengarang risalah yang bernama Kasyf al-Syubuhat `an Khaliq al-Ard wa al-Samawatdan menyebarkannya kepada beberapa wilayah demi memastikan dakyahnya tersebarluas. Di dalam risalah tersebut, beliau telah melontarkan fikrah-fikrah tauhidbeliau yang bertentangan dengan arus perdana umat Islam dan mengemukakanpendekatan al-takfir al-syumuliysebagai natijah terhadap umat Islam yang menolak fikrah tauhid yang dibawa oleh beliau. Beliau juga telah memberontakbersama angkatan tentera menentang umat Islam yang beliau hukumkan merekasebagai kafir[6] sertamenyalahgunakan ayat yang pada hakikatnya diturunkan oleh Allah subhanahu wata`ala kepada golongan Kafir dari kalangan Quraisy tetapi digunakannya keatas golongan yang bertakwa dari kalangan umat Islam lebih-lebih lagi bagimereka yang mengamalkan al-tawassul[7].Salah seorang dari guru beliau, iaitu al-Syaikh Muhammad Ibn Sulaiman al-Kurditelah mengatakan bahawa beliau adalah dari kalangan puak al-Khawarij al-Mariqindisebabkan pentakfiran yang dilakukan oleh beliau terhadap kaum muslimin[8].

Kemunculan dakyah Muhammadb. Abdul Wahhab bermula pada tahun 1143H manakala dakyahnya pula telah mulatersebar pada tahun 1150H. Gerakan ini telah bermula di Najd (Timur Madinah),iaitu di antara wilayah al-`Uyaynah dan wilayah al-Dir`iyyah berasaskan kepadapersetujuan dan kerjasama antara Muhammad bin `Abd al-Wahhab dan Muhammad binSa`ud b. Muqrin b. Mirkhan (m. 1765 M)[9]dari Bani Hanifah[10]yang merupakan amir wilayah al-Dir`iyyah dan `Asir b. Ma`mar yang merupakanamir bagi wilayah al-`Uyaynah[11].Muhammad b. Sa`ud ini telah memegang tampuk pemerintahan wilayah tersebutsetelah dua tahun kemangkatan bapanya di Dir`iyyah iaitu pada tahun 1139 H.Kekuasaan beliau bertambah kuat dengan bantuan Inggeris dan turut dibantu olehsaudara kandungnya. Beliau juga telah melancarkan usaha memperbaharui agamaIslam yang pada beliau telah mula tercemar dengan bidaah, khurafat dan tahyuldengan cara mengumpul barisan ahli tauhid (al-Muwahhidun)[12].Gerakan ini telah menyeru orang ramai agar mentauhidkan Allah dan berjihad bagimemerangi musuh mereka yang dianggap sebagai orang-orang yang sesat,menyeleweng dan murtad[13].

Muhammad b. Abdul Wahhabtelah berusaha menyebarkan dakyahnya dengan mengirim surat kepada para ulamadan umara (penguasa) beberapa buah negeri di Tanah Arab termasuklah Riyad,al-Ihsa, al-Haramayn, Mesir, Syiria, Iraq, India, Yaman dan lain-lain lagi[14].Dalam surat yang dikirimkan tersebut, beliau menjelaskan tentang bahaya syirik[pada sangkaan beliau] yang mengancam negara Islam di seluruh dunia. Dalamsurat itu juga turut dinyatakan tentang bahaya bidaah dan khurafat [menurutbeliau]. Di antara perkara-perkara bidaah dan khurafat yang dinyatakan olehbeliau di dalam surat tersebut adalah seperti; bertawassul kepada Nabi[15],para anbiya’ dan auliya’, memohon syafaat Nabi[16],membuat binaan di atas kubur[17],dan banyak lagi.

Muhammad b. Abdul Wahhabtelah mendakwa bahawa matlamat yang ingin dicapai melalui mazhab yang diasaskanoleh beliau ini adalah untuk mensucikan tauhid dan membebaskannya dari perkarakhurafat dan kesyirikan[18].Namun, hakikatnya Muhammad b. Abdul Wahhab ini bukanlah seorang yang layakdigelar mujaddid, bahkan, beliau tidak lain hanyalah seorang penerus kepadafahaman tauhid yang telah dibawa oleh Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim yangjelas terkeluar dari rangkaian ijma’ para ulama. Bahkan dalam banyak perkarayang berhubung dengan soal akidah, beliau telah bertindak lebih kerasberbanding apa yang dianjurkan oleh Ibn Taymiyyah[19].

Ini terbukti dengan wujudnyafahaman dalam kalangan para pengikut beliau yang telah menganggap bahawa setiapnegara Islam yang tidak menerima dakwah mereka adalah merupakan negara yangsyirik dan kufur manakala para ulama yang terdapat di dalam negara tersebutpada hakikatnya adalah jahil dalam urusan agama[20].Fahaman yang dibawa oleh mereka ini sebenarnya bukan sekadar berkisar padagerakan dakwah semata-mata bahkan mereka turut menghunus pedang untukmemerangai golongan yang menentang mereka dan menganggap golongan yangmenentang mereka tersebut sebagai golongan mungkar yang wajib diperangi[21].

Ini berbeza dngan pendekatanpara ulama’ lain yang hidup sezaman dengan Muhammad b. Abd Wahhab sepertial-Syaikh Syah Waliyyullah al-Dehlawi, al-Syaikh Muhammad Hayat al-Sindi,al-Syaikh al-Tahanawi al-Hindi dan al-`Allamah Muhammad b. Ismail al-Amiral-San`ani yang telah melaksanakan dakwah kepada masyarakat Islam di wilayahmasing-masing dengan begitu lunak tanpa sekali-kali mengkafirkan mana-mana umatIslam yang tidak mengikut dakwah mereka[22].

Di antara pegangan sesatlagi bahaya yang telah dibawa oleh golongan ini adalah seperti; mengkafirkanbahkan mensyirikkan umat Islam yang bertawasul dengan baginda Nabi Muhammad sallahu`alaih wasallam, para anbiya’ yang lain, malaikat dan para wali Allah,mengharamkan perbuatan menziarahi makam Nabi Muhammad sallahu `alaihwasallam bahkan menegah umat Islam menziarahi makam baginda, menegah umatIslam daripada berselawat ke atas Nabi Muhammad sallahu `alaih wasallam, membakarkitab Dala’ilal-Khairat yang merupakan sebuah kitab yang banyak mengandungi ucapanselawat ke atas Nabi, menganggap Nabi Muhammad sallahu `alaih wasallamtidak lebih seperti utusan biasa yang diutuskan oleh seorang pemerintah bagimenyampaikan sesuatu perkhabaran kepada rakyat di bawah jajahnnya[23],mengkafirkan umat Islam yang tidak mengikut mazhab mereka serta banyak lagi.

Kini gelombang aliranpemikiran Wahabi ini mula menjadi-jadi di Malaysia. Dengan penamaan yang pelbagai seperti Kaum Muda,Salafiyyah, Mazhab Salaf, Ansar al-Sunnah, al-Athari, Ahl al-Sunnah wa al-Jama`ahal-Salafiyyah dan slogan “kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah” atau “pejuangsunnah penghapus bid`ah”, mereka telah berusaha sedaya upaya mengatur pelbagaiagenda dan strategi bagi mempengaruhi mejoriti umat Islam sama ada dari sudutamalan mahupun pegangan.

No comments:

Post a Comment