Saturday, July 27, 2013

HIMPUNAN TAHRIR BERI "NAFAS BARU" KEPADA AS-SISI



'Tahniah' kepada mereka yang turun ke dataran Tahrir dan Istana Ittihadiyah semalam. Mereka ini menyahut seruan Abdul Fatah As-Sisi, Menteri Pertahanan sebelum itu yang meminta rakyat turun "bagi memberikannya kuasa bagi berhadapan dengan pengganas." 

Jumlah yang begitu ramai di dua lokasi ini yang dianggar berjumlah 1 juta ini sedikit sebanyak memberikan "nafas baru" kepada askar dan polis untuk bertindak kepada 'pengganas' pagi ini di Raba'ah.

Sebenarnya, jumlah yang ramai di Tahrir dan Ittihadiyah ini bukan satu yang menghairankan kerana:

1) Hanya dua lokasi ini dipilih sebagai lokasi menyokong tentera. Jadi, rakyat yang datang dari seluruh negara akan berpusat di dua lokasi ini maka dilihat ramai.

2) Seluruh askar dan anggota polis dikerah untuk meramaikan himpunan di dataran dengan pakaian biasa. Bayangkan Majlis Tentera yang mempunyai pelbagai unit diarahkan untuk turun. Premis dan jentera milik askar juga digunakan sewenang-wenangnya bagi menjayakan himpunan menyokong As-Sisi semalam. Wang rakyat digunakan oleh tentera bagi mencetak gambar As-Sisi dan membiayai juadah berbuka puasa dengan lebih 10 juta bungkuasan.

3) Masyarakat Kristian dan warga Qibti yang majoritinya menyokong As-Sisi dan menentang pemerintahan Islam di Mesir. Populasi warga Kristian 10 peratus atau hampir 10 juta penduduk. Maka kalau mereka keluar 1 juta sahaja, ini bermakna dataran Tahrir dan Ittihadiyah dibanjiri oleh kelompok mereka sahaja.

Angka yang mencecah jutaan menyokong As-Sisi ini hakikatnya ditenggelamkan oleh angka penyokong Mursi yang ternyata lebih ramai. Pentas Raba'ah semalam mengumumkan lebih 20 juta rakyat yang menolak rampasan kuasa berhimpun di seluruh negara semalam. Tapi, 'masalah besar' As-Sisi ialah dia gagal menilai angka dengan baik atau sengaja membutakan mata.

Oleh itu, Tahrir dan Ittihadiyah telah "memberikan kuasa" kepada As-Sisi secara rasminya melalui keberjayaan himpunan di dua lokasi tersebut.

Persoalannya, kenapa yang bertindak pagi ini di dataran Raba'ah ialah polis, bukan askar. Jawapannya, mereka sama kerana Sisi dan Menteri Dalam negeri, Mohammed Ibrahim kedua-duanya penderhaka dan pengkhianat Mursi.

Itu baru polis bertindak dan kita yakin selepas ini,akan terdapat tindakan susulan dari pihak askar pula. Matlamat mereka hanya SATU iaitu meleraikan perkumpulan di dataran Raba'ah dan Nahdhah walau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa membunuh semua mereka yang berkampung di dua dataran itu waktu ini.

Oleh itu, mereka yang turun ke Tahrir dan Ittihadiyah semalam adalah bersubahat dalam tragedi pembunuhan beramai-ramai pagi ini di Raba'ah. Tidak terkecuali golongan ulamak yang turut bersubahat menyokong tentera walaupun dengan sepatah kalimah fatwa yang dikeluarkan. Semuanya memperoleh dosa.

No comments:

Post a Comment