
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. 313 Muslimin yang tidak mempunyai kelengkapan senjata yang baik, telah menghancurkan 1000 tentera Quraisy yang lengkap bersenjata.
"Sungguh Allah telah menolong kamu dalam peperangan Badar, padahal kamu adalah (ketika itu) orang-orang yang lemah. Kerana itu bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukuri-Nya". [Ali Imran : 123]
..........
Hari ini Jumaat, 17 Ramadhan 1434H. Mesir bakal menyaksikan Perhimpunan besar-besaran oleh jutaan rakyat Mesir yang ingin menjatuhkan Rampasan Kuasa Tentera yang telah menggulingkan Presiden mereka yang sah, Dr Muhammad Mursi.
Dalam masa yang sama juga, General As Sisi turut mengerahkan supaya rakyat Mesir yang bersama rampasan kuasa untuk berhimpun dan menyatakan sokongan kepadanya dan memberikan mandat penuh kepada pihak tentera untuk menyelesaikan apa yang beliau istilahkan sebagai 'keganasan pro Mursi yang bakal berlaku'.
Semoga Allah memenangkan yang hak, membenamkan yang batil dan terus memelihara Mesir dan ahlinya.
#mesirkini
No comments:
Post a Comment