Kewujudan fahaman Wahabi di Malaysia amat bekait rapatdengan sejarah gerakan Kaum Muda yang telah dipelopori oleh dua orang tokohutama yang juga merupakan tokoh muslim modernis[24]Islam di Malaysia iaitulah; Syaikh Tahir Jalaluddin al-Falaki al-Azhari danSyaikh Syed al-Hadi[25].Pemikiran kedua-dua tokoh ini dalam mencanang fahaman reformasi dan pembaharuandi kalangan masyarakat setempat pada ketika itu adalah berinspirasikan kepadapemikiran Jalaluddin al-Afghani (m. 1315H/1879M), Muhammad Abduh (m.1323H/1905M) dan Muhammad Rasyid Ridha (m. 1353H/1935M) yang terkenal sebagaitokoh pembaharuan di Mesir pada penghujung abad ke-19. Gerakan yang telahdipimpin oleh Muhammad Abduh ini juga telah dikenali dengan nama GerakanWahhabi[26]. Terdapat beberapa fakta yang telah melakarkansejarah awal kemasukan pemikiran Kaum Muda ke Tanah Melayu, antara lain adalah:
Fakta pertama berdasarkan penulisanal-Marhum Tuan Guru Hj `UthmanJalal al-Din b. Muhammad di dalam kitab beliau yangbertajuk Matali` al-Anwar wa Majami` al-Azhar. Di dalam karangannya ini, beliau telahmenyatakan bahawa faham Kaum Muda telah bertapak di Tanah Melayu pada awaldekad abad ke-20. Ini dibuktikan dengan berlakunya beberapa perselisihan dalamurusan agama dalam kalangan penduduk Tanah Melayu pada ketika itu sehingga menyebabkankaum Melayu telah berpecah kepada beberapa puak. Katanya;
"Sesungguhnyakami mulai belajar furu' syariat dan lain-lainnya pada tahun 1311H/1890M. Makadalam masa yang tersebut itu tiada satu perubahan perkara agama daripada kaumkami bahkan bertaqlid mereka itu bagi salah suatu daripada mazhab yang empatdan banyak ulama'-ulama' yang besar padanya. Dan tatkala adalah pada tahun1319H/1898M kami mula bermukim dalam Mekah empat tahun. Maka tidaklah kamimendapatkan padanya suatu perubahan perkara agama daripada kaum kami, makamenimbang oleh kami dengan belajar furu' syari'at dan alatnya sebelas tahun.Kemudian pada tahun 1341H/1900M kami kembali bermukim dalam Mekah pula. Makatiada juga padanya suatu perubahan perkara agama. Kemudian tatkala adalahpada tahun 1343H/1902M mengambil oleh kaum Wahabi akan Mekah dan Madinah, makatatkala adalah pada tahun 1351H/1910M maka kami turun ke Jawi pula. Maka kamimendapat padanya berpecah-pecah kaum kami beberapa puak dan beberapaperselisihan di antara mereka itu"[27].
Fakta kedua adalah berdasarkancatatan sejarah berkenaan tokoh utama Kaum Muda di Malaysia selain Syed Syaikhal-Hadi, pada awal abad 20-an iaitu Syaikh Tahir Jalaluddin[28].Beliau merupakan seorang yang berlatar belakangkan pendidikan dari Universitial-Azhar. Ketika belajar di universiti tersebut, sedikit sebanyak beliau telahterkesan dengan fikrah pembaharuan yang telah digagaskan oleh Syaikh Jalaluddinal-Afghani[29]da
Fakta ketiga adalah berdasarkan catatan sejarah berkenaantokoh agama terkenal di Tanah Melayu pada awal abad 20-an iaitu Syed Syaikhal-Hadi[43].Beliau telah diangkat sebagai pengasas utama aliran Kaum Muda diTanah Melayu selain daripada Syeikh Tahir Jalaluddin. Usaha pertama beliaudalam mengembangkan aliran Kaum Muda di Tanah Melayu adalah dengan pembukaanMadrasah al-Iqbal Islamiyyah pada tahun 1907 di Seligi Road, Singapura[44]. Namun,disebabkan terdapat perselisihan antara para ibu bapa dan guru di sebelah pihakdengan penguasa sekolah yang diwakili oleh Raja Hj. Ali b. Raja Ahmad, saudaraSultan Riau di pihak lainnya, madrasah tersebut terpaksa ditutup[45].Kemudian, beliau telah membuka Madrasah al-Hadi di bandar Kaba, Melaka padatahun 1915. Madrasah ini telah mengajarkan ajaran Islam yang progresif berasaskanpemikiran Syeikh Muhammad `Abduh. Tetapi, disebabkan cara-gaya beliau yanglebih cenderung ke arah reformasi dalam memimpin madrasah tersebut tidak dapatditerima oleh masyarakat tempatan, terutamanya Kaum Tua[46],iaitu pihak ulama tradisional dan pihak bangsawan, maka Madrasah al-Haditersebut kemudiannya ditutup pada tahun 1918[47].Setelah itu, pada tahun 1919, beliau telah berhijrah ke Pulau Pinang dan telahmembuka Madrasah al-Masyhur al-Islamiyyah[48]di sana dan turut mengasaskan majalah al-Ikhwan[49]dengan terbitan pertamanya pada 16 September 1926. Sekolah tersebut telahberjaya melahirkan beberapa orang tokoh Kaum Muda pada zaman tersebut sepertiDr Burhanuddin al-Helmi (bekas yang Di-Pertua Persatuan Islam Se-Tanah Melayu(PAS) yang pertama) dan Haji Abu Bakar Asy`ari (tokoh agama negeri Perlis).
Gerakan reformasi yang dipeloporioleh Syed Syeikh al-Hadi dan Kaum Muda ini dilihat telah berkembang diNegeri-negeri Melayu bersekutu di Pantai Barat seperti di Perak. Seterusnyagerakan pembaharuan ini terus berkembang dan menular pula ke negeri-negeriSelangor, Negeri Sembilan dan Negeri-negeri Melayu Tidak bersekutu yang lainseperti Perlis[50].Didapati bahawa, matlamat sebenar perjuangan Syed Syeikh al-Hadi ini adalahuntuk membersihkan fahaman orang Melayu daripada kepercayaan karut [menurutnya]selain daripada memperbaiki taraf ekonomi dan sosial orang Melayu.Walaubagaimanapun, kecamannya terhadap kaum Tua secara tidak langsung telahmelibatkan juga pihak berkuasa agama negeri dan golongan atasan seperti sultandan pembesar-pembesar yang menjadi benteng utama Golongan Tua[51].Syed Syeikh al-Hadi ternyata lebih berjaya meluaskan pengaruhnya dinegeri-negeri selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang[52].Ini adalah kerana negeri-negeri tersebut tidak bersultan dan hanya diperintaholeh Inggeris dan ini telah memudahkan kegiatan menyebarkan fahamannya danmelancarkan gerakan pembaharuan dalam masyarkat Melayu. Maka berdasarkan datasejarah tersebut, aliran kaum Muda ini telah mula bertapak di Tanah Melayu melaluiusaha Syed Syaikh al-Hadi seawal tahun 1907.
No comments:
Post a Comment