Saturday, July 27, 2013

[Penasihat Sheikh Al Azhar menyeru rakyat Mesir untuk membantah seruan perampas rampasan kuasa yang merupakan hasutan]



Sheikh Hasan Asy Syafie telah menegaskan bantahan terhadap seruan Abdul Fattah As Sisi yang menuntut untuk membuat perhimpunan besar-besaran bagi memberi mandat kepadanya untuk memerangi apa yang dia namakan sebagai keganasan dan pertumpahan darah.

Sheikh Hasan mengira bahawa perarakan ini akan menggalakkan tersebarnya fitnah dan berlaku pembunuhan dalaman di mana pihak yang tidak menginginkan kebaikan terhadap negara Mesir akan mengambil kesempatan.

Beliau menyeru seluruh rakyat Mesir dalam satu kenyataanya melalui ruang media (Al-Jazeera live Mesir) kepada semua rakyat Mesir untuk tidak turun bagi memenuhi tuntutan dan seruan As Sisi untuk turun ke jalanan dan menyebabkan pertembungan di antara dua pihak dan mencetuskan peperangan di antara rakyat jelata.

Beliau menambah : "Sebelum ini telah ada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan fitnah untuk melagakan kedua-dua belah pihak seperti mana yang telah berlaku pada kejadian pembunuhan beramai-ramai di Buur Saied, kejadian Muahammad Mahmud, pembunuhan beramai-ramai kaum wanita di Mansurah dan selainnya. Diseru kepada semua rakyat jelata untuk menjaga maslahat negara dan mengelak pertumpahan darah".

Sheikh Hasan Asy Syafie juga menyatakan dalam penyataannya : "Sesungguhnya perhimpunan ini adalah sesuatu yang merbahaya ke atas negara ini dan setiap titis darah yang bakal mengalir akan dipertanggungjawabkan di batang tengkuk kita semua pada hari qiamat kerana kita semua berdiam diri dari memberi nasihat dan teguran, tiada makna agama Islam tanpa nasihat". Berdalilkan hadith Nabi SAW :"Ad-din nasihah" beliau menuntut untuk menyekat pertumpahan darah rakyat Mesir.

Beliau menjelaskan lagi bahawa satu-satunya jalan keluar dari malapetaka ini adalah persefahaman politik antara semua pihak , merujuk kepada hal ini masih boleh diusahakan.

Sumber : IkhwanOnline
‪#‎mesirkini‬

No comments:

Post a Comment