Saturday, July 27, 2013

KEMENANGAN PASTINYA BUAT MEREKA YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH

26hb JULAI 2013 | JUMAAT 17 Ramadhan 1434H

Perang Badar berlaku pada 17 Ramadhan tahun Kedua Hijrah (2 H) di Hijaz, di bahagian barat Semenanjung Arab (kini Arab Saudi). Dan 17 Ramadhan juga adalah hari Nuzul Quran bagi kita semua.

Abdul Fatah As-Sisi juga memilih tarikh ini supaya seluruh rakyat turun ke jalanraya, Jumaat bagi "memberikan kuasa kepada beliau berhadapan dengan pengganas". Pengganas yang dimaksudkan beliau adalah penyokong-penyokong Mursi.

Jika sewaktu Perang Badar, 17 Ramadhan tahun 2H, Rasulullah s.a.w. menentang puak-puak Quraisy Mekah, kali ini 17 Ramadhan 1434H Ikhwan Muslimin dan penyokong-penyokong Mursi yang cintakan Islam akan bertembung dengan As-Sisi dan tamarrud.

Sepertimana Perang Badar, kita doakan semoga kekalahan yang menghinakan buat As-Sisi dan tamarrud. Hari Jumaat 17 Ramadhan 1434H adalah hari kemenangan buat Islam, insyaAllah.

BERDOALAH, BERDOALAH, BERDOALAH
KEMENANGAN PASTINYA BUAT MEREKA YANG BERJUANG DI JALAN ALLAH

No comments:

Post a Comment