Sekarang tiba-tiba kekecohan berlaku ditimbulkan oleh geng-geng Wahhabi pasal ambil berkat minum air rendaman rambut nabi,serban nabi,baju nabi etc etc etc sampai tahap menuduh sesama muslim sebagai "musyrik"...
Semoga Allah sembuhkan penyakit otak mereka dan betulkan semula urat-urat otak mereka yang putus agar mereka berhenti dari terus mengkafirkan umat islam dengan tuduhan "bidaah" dan "syirik"...
Budaya kafir mengkafir ni sangat bahaya sebab nabi telah beri amaran bahawa menuduh seorang muslim sebagai kafir itu menyebabkan penuduhnya sendiri yang jatuh kafir...
kalau fahaman takfir(suka mengkafirkan orang) ni berleluasa di kalangan orang awam,maka ramai yang akan "murtad" tanpa sedar nanti...
~Dialog cuit-cuit Wahhabi~
¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~¤~
Encik Wasabi
Astagfirullah,Nabi SAW tak suruh kita taksub dgn peninggalan baginda kecuali Al Quran dan As Sunnah. Sila fahamkan khutbah terakhir Nabi SAW. Tak pernah para sahabat sibukkan isu rambut Nabi, serban Nabi dan sebagainya, sebaliknya menegakkan SUNNAH Nabi SAW itu yang paling utama bagi mereka.Para Sahabat Nabi tak pernah sibuk dengan fesyen Nabi dan sibuk nak minum air rambut Nabi...Astagfirullah zaman sekarang ni macam-macam ahli bidaah dan ahli syirik buat,lepas ni apa pulak?Kalau kita sayang Nabi SAW, buktikan dgn taat kepada Allah dan Rasul bukan sekadar percaya dgn kuasa ajaib yg ada pada rambut Nabi atau lainnya. Itu Sunnah Nabi SAW yg utama.Nabi SAW memang manusia terpilih dan disayangi Allah tapi pernahkah Allah atau Nabi SAW sendiri suruh kita sibukkan tubuh badan Nabi SAW? Allah suruh ikut Nabi SAW bukan taksub dgn tubuh badan atau peninggalan Nabi!
Yesterday at 9:18am
30 comments • share • like
Harry Nonsense,Wasabi pedas and 3 others like this.
Write comment . . .
Harry Nonsense
good!like!kami taksub!teruskan membanteras bidaah,syirik,kufur!kami sokong!
Like•8 hours ago•
Wasabi Pedas
Lepas ni aku nak rendam spender aku pastu bagi puak-puak sufi yang suka bidaah dan suka benda khurafat ni minum,mesti diorang suka amek berkat aku~
Like•2 hours ago
Al-Tenggiri
Hapuskan bidaah dan khurafat!!!Waaarggghzzzaaa
Like•30 minutes ago
Encik Owsem
Semoga Allah sembuhkan penyakit otak kalian,sesungguhnya amalan mengambil berkat dari Nabi itu merupakan amalan-amalan mulia para Sahabat Nabi saw,jika ianya haram dan menyebabkan kufur,Nabi tentu melarangnya!Bermakna kalian baru sahaja mengkafirkan para Sahabat kerana melakukan syirik dan khurafat terhadap peninggalan Nabi!
1) Disebut dalam Musnad Imam Ahmad, mafhumnya :
"Daripada Abdullah, maula Asma bin Abu Bakar berkata :Asma mengeluarkan (menunjukkan) kepadaku sehelai pakaian ada dua lubang yg berjahit.
Lalu Asma berkata : Ini adalah pakaian Rasulullah SAW. Ia dahulu pernah disimpanoleh Aisyah, ketika Aisyah wafat, aku menyimpannya. Kami akan mencelupkannya ke dlm air untuk menjadi ubat kpd org sakit di kalangan kami."(Ini pula dianggap syirik,bidaah,khurafat oleh WAHHABI!!!!??????)
2) Disebutkan dalam hadith : "Rasulullah SAW membahagi-bahagikan rambut Baginda kpd para sahabat supaya mereka bertabarruk(mengambil berkat) dengannya (rambut)." ( HR Bukhari & Muslim)(Tak kan Nabi pun WAHHABI nak tuduh ahli syirik,khurafat,bidaah dan lain-lain sedangkan Nabi sendiri agih-agihkan rambut mulia baginda???)
3) Hadith daripada Anas r.a : "Ketika Rasulullah SAW melihat Jamrah, Baginda SAW berkorban(sembelih binatang) kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di rambut sebelah kanan lalu mencukurnya,lalu memberikannya (rambut)kepada Abu Talhah. Kemudian Baginda SAW meletakkan pencukur di sebelah kiri lalu mencukurnya, lalu berkata : Bahagi bahagikan kpd org ramai ( Riwayat at Tirmidzi)(KENAPA NABI SURUH BAHAGI-BAHAGIKAN?????UNTUK
4) Ubaidah r.a berkata. "Kalaulah aku memiliki sehelai rambut Baginda SAW, maka itu lebih berharga bagiku daripada dunia dan segala isinya." (Riwayat al Bukhari)(KENAPA BELIAU BEGITU TAKSUB DENGAN RAMBUT NABI?SAHABAT NI AHLI BIDAAH KE??)
5) Abu Bakar r.a berkata "Aku melihat Khalid al Walid meminta rambut bahagian depan Rasulullah dan dia menerimanya. Dia biasa meletakkannya di atas matanya dan menciumnya."
Diketahui bahawa kemudian dia meletakannya di 'qalansuwah' (penutup kepala yg dililit serban) miliknya & selalu menang dlm peperangan (Riwayat al Waqi dlm al Maghazi & Ibn Hajr dlm al Ishabah fi Tamyiz as Sahabah)(TAKSUB BETUL KHALID AL-WALID DENGAN RAMBUT NABI SAMPAI BAWAK RAMBUT NABI PERGI BERPERANG BERSAMA-SAMA???KHALID AL-WALID NI AHLI BIDAAH KE?KORANG TAK TAKUT KE KENA BELASAH DENGAN DIA KAT AKHIRAT NANTI SEBAB TUDUH DIA AHLI BIDAAH????)
6) Ummu Salamah memiliki beberapa helai rambut Nabi SAW dlm sebuah botol perak & org akan pergi & mendapat berkat melalui rambut-rambut itu dan mereka sembuh. (Riwayat Al-Hafiz al Aini dalam Umdah al Qari)(Waaargh!SYIRIK NI!!!MANA BOLEH PERCAYA RAMBUT NABI ADA POWER~MANA BOLEH TABARRUK2 NI!!!)
7) Para sahabat berebut-rebut mengambil wudhu Rasulullah SAW & mengusap usapkannya ke wajah & kedua dua tangan mereka. Bagi mereka yg tidak sempat mendapatkannya, mereka mengusap daripada basahan tubuh sahabat lain yg terkena bekas wudhu Rasulullah SAW lalu mengusapkan ke wajah & tgn mereka." (Riwayat al Bukhari)(WARRGGHH!!!!TAKSU
Like • 136,465 • 20 minutes ago
Encik Wasabi
HOI ENCIK OWSEM!SILA FAHAMI BETUL-BETUL!YANG KAMI MARAH IALAH ORANG YANG MEMPERDAGANGKAN AIR-AIR RENDAMAN RAMBUT NABI UNTUK KEUNTUNGAN DUNIAWI TU!
Like•15 minutes ago
Encik Owsem
Sori lah..saya dulu FAILED bahasa Malaysia.... bahasa sastera yang terlampau tinggi yang kamu guna untuk tulis STATUS ni dah buat saya salah faham pulak...(Kepada yang otak lembab lambat pick-up,ini merupakan ayat PERLI kepada kenyataan putar belit sampai sembelit yang dilakukan Encik Wasabi,di status tulis lain,bila kita bawa dalil,dia putar belit jadi lain pulak.)
Like • 13 minutes ago
Harry Nonsense
Ye betul tu,yang kami pertikaikan ialah kenapa ianya diperdagangkan untuk keuntungan duniawi???
Like • 12 minutes ago
Encik Owsem
Ok,ok sorry lah,dulu cikgu B.M saya orang Uganda,sebab tu saya tak dapat faham apa yang korang maksudkan... tapi pelik jugak ye,dari dulu lagi orang ramai jual air zam-zam yang merupakan hasil BERKAT dari kaki NABI ISMAIL tak de pulak korang meroyan???Ke masa tu korang belum LAHIR?bile korang lahir je,terus semua muslim dikafirkan korang...baik tak payah lahir lah korang ni semua..
Like • 9 minutes ago
Harry Nonsense
Ops...arrgghhh aku tak tau nak jawab apa!block!block!block!dele
Eh..terlupa..ni bukan status aku,patut lah aku carik button delete dan block tak ada...
Encik Wasabi (namanya dibirukan) ..cepat block dan delete komen dia!kalau tak malu lah kita!
Like• 2 minutes ago
~~~Encik Wasabi has blocked Encik Owsem~~~
(Cakap dalam hati)*Encik Owsem:Yeah!sekor lagi wasabi memblock aku~
ReplyDeleteAppriciable article, We at Property Hunters shifted this service to a level much higher than the broker concept. you can see more details like this article Good location in pearl qatar