Saturday, July 27, 2013

SERANGAN MENJELANG SAHUR TADI: 3 TERBUNUH, 200 CEDERA



Rakyat yang membentuk lautan manusia di dataran Raba'ah sebentar tadi selepas qiamullail dikejutkan dengan serangan ala-gangster oleh ketumbukan polis yang menyerang mereka tanpa perikemanusiaan di hadapan Universiti Azhar, Jalan Austorad, berhampiran Kubur Anwar Sadat. Himpunan rakyat di kawasan berkenaan limpahan dari dataran Raba'ah yang sudah tidak dapat menampung kebanjiran rakyat yang menentang rampasan kuasa.

Ikhwanonline melaporkan, pasukan penempak tepat polis juga mengambil posisi di atas bangunan-bangunan di dalam Universiti Al-Azhar bagi menembak rakyat dalam situasi kelam-kabut selepas ditembak gas pemedih mata dalam himpunan yang turut disertai oleh wanita dan kanak-kanak. Turut kelihatan ialah beberapa kereta perisai milik polis yang menceroboh kawasan himpunan tanpa akhlak dan sifat keprimanusiaan.

Hingga kini, 3 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera.

Adakah ini maksud Syeikh Al-Azhar, Dr.Ahmad Toyyib yang meminta rakyat "membantu polis dan askar" dalam kenyataan beliau 25 Julai 2013? Maaf untuk saya tidak bersetuju dengan kenyataan ini kerana polis sudah dikenali dengan kebiadapan dan kezaliman mereka berbanding askar.

Di mana mahu kita letakkan ayat Al-Quran dalam Surah Hud ayat 113 firman Allah yang bermaksud, "Dan jangan kamu cenderung kepada kezaliman nescaya kamu akan disambar oleh api neraka.." wahai Fadhilatil Imam Al-Akbar!

Berbaki kurang setengah jam lagi sebelum menjelang azan Subuh yang akan berkumandang di langit Kaherah..

No comments:

Post a Comment