Saturday, July 27, 2013

"SINGA RABA'AH" MINTA HIMPUNAN DITERUSKAN HINGGA AHAD INI



Dr.Mohammed El-Beltaji, bekas Ahli Parlimen dan pemimpin Ikhwan Muslimin berucap di pentas Raba'ah selepas solat Jumaat tadi mengumumkan himpunan yang mencecah jutaan hari ini akan berterusan sehingga Ahad ini sama ada dikurniakan kemenangan ataupun syahid.

Beltaji yang menerima gelaran "Singa dari Raba'ah" itu turut menyelar tindakan tentera yang mengedarkan ribuan poster dan gambar As-Sisi di dataran Tahrir hari ini. Menurut Beltaji lagi, askar turut menyediakan makanan untuk diagihkan yang menggunakan bangunan Kelab Tentera yang merupakan institusi milik rakyat dan kerajaan. Beliau mengecam kerana percetakan poster, gambar Sisi dan makanan berbuka puasa ini menggunakan wang rakyat dan bajet negara.

Dr.Jamal Heshmat bekas Ahli Parlimen beberapa hari lalu mendakwa, kem-kem askar lengang kerana tentera dikerahkan untuk memenuhi dataran Tahrir hari ini dengan berpakaian biasa bagi meramaikan himpunan yang diseru oleh Abdul Fatah As-Sisi sebelum ini. Heshmat juga berkata, 10 juta bungkusan makanan telah disediakan bagi dijamu kepada penyokong tentera hari ini.

No comments:

Post a Comment