Saturday, July 27, 2013

berbuka puasa di Kaherah.

Berbaki hampir sejam lagi waktu berbuka puasa di Kaherah..Keluasan dataran Raba'ah sudah tidak mampu menampung kebanjiran rakyat yang sudah melimpah ke jalan utama yang berhampiran..Jalan Toiran yang menghala ke Hayyu Sabik..Jalan menujuk ke Abbas Aqad..semuanya sudah dipenuhi oleh rakyat. Demikian juga lautan manusia di dataran Nahdhah dan 25 buah wilayah di Mesir yang lain. 

"Al-Jazeera" menyiarkan beberapa minit lalulintas di Syubra..bagaimana kenderaan bertali arus, bas, tremco dan kereta sementara entah berapa ribu lagi mereka yang berjalan kaki. Pemandu bas, teksi dan kenderaan awam tanpa takut lagi menampal poster dan potret Mursi di kenderaan milik syarikat mereka. Semuanya menuju ke destinasi yang satu iaitu Raba'ah bagi berbuka puasa beramai-ramai.

Saya yakin, jika As-Sisi seorang yang bermaruah dan masih mempunyai sifat takut kepada Allah, dia akan berpatah balik dan berundur. Jika dia melihat dan dimaklumkan oleh perisikan tentera dengan jumlah rakyat yang menolak "pelan tindakan" yang dibuatnya 3 Julai lalu maka dia akan menjunjung kepentingan negara mengatasi kepentingan peribadinya yang menjadi talibarut kepada Amerika dan musuh Islam.

Atau adakah kerana kacamata hitam yang dipakai Sisi menjadi penghalang untuk dia melihat reaksi rakyat Mesir dan dunia hari ini? Sila tanggalkan kacamata kamu kalau begitu wahai Sisi..!

No comments:

Post a Comment