Sunday, August 4, 2013

Filipina bakal beli kapal RM25.7j


Manila: Filipina semalam mengumumkan akan membeli kapal terpakai milik tentera laut Perancis bagi meningkatkan kawalan tenteranya di Laut China Selatan yang menjadi pertikaian politik dengan China.

Kapal La Tapageuse berusia 26 tahun itu bakal menjadi kapal Perancis pertama yang dimiliki pengawal pantai Filipina untuk berdepan dengan tentera laut China di perairan itu. Kapal peronda berukuran 54.8 meter panjang itu bernilai AS$7.9 juta (RM25.7 juta) dan dijangka tiba di Filipina April tahun depan.


Sumber pasukan pengawal pantai Filipina berkata, La Tapageuse dilengkapi dua meriam dan dua mesingan itu sudah diperiksa sebelum pembelian dan masih dalam keadaan baik walaupun digunakan sejak lebih 20 tahun. “Kapal Perancis ini mempunyai pelbagai fungsi dan akan memberi sumbangan utama kepada kami terutama dalam operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Filipina juga masih berunding dengan kerajaan Perancis untuk membeli empat lagi kapal pelbagai fungsi terbaru berukuran 24 meter dan sebuah kapal 82 meter. - AFP

No comments:

Post a Comment