Pejabat kedutaan di Libya telah pun ditutup susulan ancaman bom kelmarin.
WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) bertindak menutup pejabat kedutaan dan konsulat di beberapa negara selepas menerima ancaman dikaitkan dengan kumpulan militan Al Qaeda.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Rep Ed Royce berkata, kebanyakan pejabat kedutaan yang ditutup adalah di negara Timur Tengah.
“Penutupan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga. Kemudahan diplomatik ini ditutup lebih dari sehari bergantung kepada arahan dikeluarkan dari masa ke semasa,” katanya.
Menurutnya, AS juga mengeluarkan amaran mengehadkan visa perjalanan rakyat AS ke negara di Timur Tengah dan Afrika Utara.
“Antara destinasi dihadkan adalah Abu Dhabi, Baghdad dan Kaherah,” katanya.
Sementara itu, di Brussels, Kesatuan Eropah (EU) juga melakukan tindakan sama susulan kebimbangan ancaman tersebut.
Jurucakap EU Alexandre Polack berkata, ancaman itu turut dirasai EU kerana AS mempunyai hubungan rapat dengan kesatuan itu.
“Sehingga kini kami tidak mempunyai bukti kukuh ancaman itu disasarkan terhadap AS tetapi langkah penutupan ini wajar dilakukan seawal mungkin,” katanya. - Reuters

No comments:
Post a Comment